Kawan atau “Kawan”..

Posted by | Posted in Uncategorized | Posted on 05-02-2010

0

Siapa kita tanpa kawan?
Siapa kawan tanpa kita?

Kawan pengerat hubungan..
Kawan juga mungkin “Kawan”..

Peneman setiap masa, itulah kawan..
Ambil kesempatan sentiasa, itulah “Kawan”..

Pilihlah antara Kawan atau “Kawan”..

Kembali Mencari Rentak..

Posted by | Posted in Uncategorized | Posted on 15-01-2010

0

Betul apa orang kata “kekadang kita di atas, kekadang kita di bawah”.. Itulah lumrah kehidupan.. Saban hari ku berfikir bagaimanakah langkah ku kelak?? Hampir setiap detik tak lepas untuk ku berfikir tentang itu..

Adakah mungkin sekarang aku berada di semester akhir?? Atau adakah “masanya” semakin hampir?? Atau adakah si dia akan ditempatkan jauh dari sini untuk bertugas??..

Apapun, aku mesti teruskan merancang dan melangkah.. Di bahu ku terpikul berjuta amanah yang belum tertunai.. Setiap detik cukup berharga..

Sudah Muncul..

Posted by | Posted in Uncategorized | Posted on 08-01-2010

0


1. Ebook Cara Mudah Menulis Novel (CMMN)

Anda masih tercari-cari cara mudah untuk menulis novel? Ada idea tapi belum menemui rentak? Minat dalam bidang penulisan? Ebook ni akan membantu anda membentuk bakat yang sudah lama terpendam dalam diri anda.. Inilah masanya untuk anda berubah untuk menjadi seorang penulis novel.. Bahkan salah seorang penulis novel yang disegani.. Tunggu apa lagi, dapatkan ebook ini sekarang..

Dapatkan di http://www.caramudahtulisnovel.com


2. Ebook 50 Rahsia Kejayaan Diri

Anda layak untuk berjaya? Apakah faktor yang menyebabkan anda berjaya? Inilah masanya untuk anda buktikan bahawa setiap orang mampu untuk mencapai kejayaan mereka, termasuk anda.. Selongkar dan buktikan bahawa anda juga boleh berjaya dan mampu menggegar dunia dengan kejayaan anda itu.. bersama-sama kita menuju puncak kejayaan..

Dapatkan ebook ini sekarang..

Dapatkan di http://www.hanisdamanhuri.com/50rahsiaberjaya


3. Ebook 10 Langkah Penanaman Jagung Hibrid

Nantikan kemunculannya.. Jangan ketinggalan untuk memilikinya..

Kenali 1 Buku Setiap Hari…: Tentang Cinta

Posted by | Posted in Kongsi Ilmu | Posted on 20-11-2009

0

logo umum

Tentang Cinta membawa tafsiran dan persepsi baru mengenai topik yang paling menarik minat para remaja sejak zaman berzaman. Ia akan menjawab persoalan :

Apa sebenarnya yang dikatakan cinta?

Siapakah yang patut dicinta?

Bagaimana kita harus bercinta?

Bagaimana mencintai dan dicintai?

Siapakah role model kita dalam bercinta?

Bolehkah menjadi hamba cinta?

Cinta bagaimana yang ada class?

Buat para remaja… selamilah Tentang Cinta kerana di situlah indahnya kehidupan. Dan bagi yang pernah frust cinta, buku ini menawarkan ubatnya.

Penulis : Pahrol Mohd Juoi

Penerbit : Telaga Biru

Kenali 1 Buku Setiap Hari…-Menjadi Penulis Bestseller

Posted by | Posted in Kongsi Ilmu | Posted on 13-11-2009

0

logo umum

Menjadi penulis bestseller adalah impian semua. Buku ini ditulis selepas mengambil kira pandangan para penulis bestseller tempatan, penulis bestseller antarabangsa dan penerbit. Semua pandangan dan pengalaman mereka ditulis dan disusun semula khusus untuk saudara.

Tips Menjadi Penulis Bestseller memfokuskan kepada tip-tip menulis buku bukan fiksyen. Buku ini juga mendedahkan bagaimana pengalaman kerjaya dan hidup saudara dapat dijadikan buku bukan fiksyen yang ditunggu-tunggu pembaca. Selain itu, kandungannya dapat :

+ Mempercepatkan cita-cita saudara.

+ Menjelaskan cara menulis yang mudah seterusnya menjadi penulis bestseller.

+ Menjadikan penulisan sebagai kerjaya sepenuh masa ataupun sambilan.

+ Menjadi panduan asas penulis baru.

+ Mendedahkan teknik menulis terkini.

+ Merealisasikan impian individu yang inginkan kebebasan kewangan.

+ Mencetus ilham menulis.

Penerbit : PTS Profesional Sdn Bhd

Penulis : Zamri Mohamad.